Kitaran hidup pinjal: Kawal masalah pinjal dengan memutuskan kitaran hidup mereka
Jangkitan pinjal pada anjing adalah isu yang biasa dilihat tetapi tahukah anda pinjal dewasa yang anda nampak pada anjing hanya merangkumi 5% daripada populasi sebenar mereka? Selebihnya, iaitu 95% lagi yang terdiri daripada larva, pupa dan telur berada di rumah anda seperti di permaidani dan tempat tidur! Manakala, seekor pinjal betina boleh bertelur sebanyak 50 biji sehari. Oleh sebab itu, serangan pinjal pada anjing sangat cepat dan mudah untuk terjadi. Akan tetapi dengan NexGard® dan NexGard SPECTRA® yang mampu untuk membunuh pinjal dewasa dengan pantas sebelum mereka dapat bertelur, anjing mahupun persekitaran mereka kini terlindung daripada masalah pinjal ini.
KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PINJAL ANJING
Pinjal bukan sekadar gangguan bagi anjing anda. Pinjal boleh menyebabkan penyakit kulit kronik malah menyebarkan penyakit berjangkit dan parasit.
Pinjal bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan kepada haiwan kesayangan anda, malah ia juga boleh mendatangkan bahaya.
Mereka kecil, tersembunyi, dan mahir mengelak daripada dikesan. Namun, perhatikan dengan teliti, dan anda mungkin akan melihat parasit yang bersembunyi pada anjing anda.