NexGard COMBO untuk Kucing
- Apakah NexGard® COMBO?
NexGard® COMBO adalah produk topikal yang mudah digunakan, yang memberikan aktiviti spektrum luas terhadap parasit luaran dan dalaman, untuk kucing dan anak kucing yang berumur 8 minggu ke atas dan beratnya 0.8kg atau lebih.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Apakah perlindungan yang diberikan oleh NexGard® COMBO kepada kucing saya?
Kehadiran 3 bahan aktif pelengkap iaitu esafoxolaner, eprinomectin, dan praziquantel menawarkan perlindungan paling luas terhadap parasit luaran dan dalaman termasuk pinjal, telur pinjal, kutu, cacing jantung, cacing tambang, cacing gelang, cacing paru-paru, cacing vesikal, dan cacing pita.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Perlukah saya merawat kucing saya setiap bulan dengan NexGard® COMBO?
Disebabkan oleh peringkat kehidupan pinjal yang belum matang di persekitaran rumah, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mendapatkan kawalan sepenuhnya setelah rawatan dimulakan. Adalah disyorkan untuk merawat kucing setiap bulan untuk memutuskan kitaran hidup pinjal. Rawatan bulanan juga disyorkan untuk pencegahan parasit lain.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Adakah pinjal dan kutu perlu menggigit kucing saya untuk NexGard® COMBO berfungsi?
NexGard® COMBO bukan produk yang bertindak melalui sentuhan kulit; selepas aplikasi topikal, esafoxolaner, bahan aktif yang digunakan untuk melawan pinjal dan kutu, diserap melalui kulit ke dalam aliran darah. Kutu dan pinjal akan mati apabila mereka mula menghisap darah hos kerana mereka akan terdedah kepada esafoxolaner dalam darah.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Berapa lama masa yang diambil untuk NexGard® COMBO membunuh pinjal atau kutu?
NexGard® COMBO akan membunuh pinjal dalam masa 24 jam selepas pentadbiran awal dan dalam masa 48 jam terhadap kutu selepas pentadbiran awal.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bagaimanakah cara menggunakan NexGard® COMBO?
Untuk menggunakan NexGard® COMBO, tarik sedikit pelocok ke belakang, tanggalkan penutup, letakkan hujung aplikator pada kulit. Sapukan kandungan terus pada kulit di satu tempat di garis tengah leher antara pangkal tengkorak dan bilah bahu. Rujuk sisipan label sebelum digunakan.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah saya meggunakan satu aplikator NexGard® COMBO untuk merawat dua ekor kucing?
Tidak. Untuk rawatan yang tepat, dos yang betul perlu digunakan sebagai satu aplikator penuh.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Adakah kucing yang dirawat dengan NexGard® COMBO masih memerlukan ubat cacing?
Tidak. NexGard® COMBO berkesan terhadap cacing gelang, cacing tambang, dan cacing pita, oleh itu pemberian pil cacing oral tidak diperlukan.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Apa yang akan berlaku jika kucing saya menjilat NexGard® COMBO?
Jika menjilat berlaku sejurus selepas aplikasi, tempoh singkat hipersalivasi mungkin berlaku disebabkan oleh rasa pahit eksipien dalam produk. Tanda-tanda ini sepatutnya hilang dengan cepat, tanpa memerlukan sebarang rawatan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berbincang dengan doktor haiwan anda. Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Adakah NexGard® COMBO selamat digunakan pada mana-mana baka kucing?
NexGard® COMBO selamat dan berkesan pada mana-mana baka kucing yang berumur 8 minggu ke atas dan beratnya 0.8kg atau lebih. Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah saya menggunakan NexGard® COMBO pada kucing bunting dan sedang menyusukan anak?
NexGard® COMBO selamat dan boleh digunakan pada kucing yang menyusukan/hamil. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berbincang dengan doktor haiwan anda. Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah saya menggunakan NexGard® COMBO pada anjing saya?
NexGard® COMBO belum diuji pada anjing dan oleh itu tidak disyorkan untuk anjing.
- Bolehkah anak-anak saya bermain atau tidur dengan kucing yang dirawat dengan NexGard® COMBO?
NexGard® COMBO digunakan secara topikal, dan 3 bahan aktifnya diserap melalui kulit, kemudian masuk ke dalam aliran darah. Mereka tidak kekal di kulit berbanding dengan produk topikal yang bertindak melalui sentuhan dengan parasit. Adalah disyorkan untuk mengelakkan sentuhan sehingga kawasan yang dirawat tidak lagi kelihatan (iaitu, 24 jam), bermakna bahan aktif telah diserap sepenuhnya. Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
NexGard & NexGard Spectra untuk Anjing
- Apakah NexGard®?
NexGard® adalah kunyahan berperisa daging lembu yang lazat yang memberikan perlindungan terhadap pinjal, kutu, dan hama untuk anjing. NexGard® harus diberikan setiap bulan sepanjang tahun untuk melindungi anjing anda daripada parasit ini.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Apakah NexGard SPECTRA®?
NexGard SPECTRA® adalah kunyahan berperisa daging lembu yang sangat enak yang diberikan sekali sebulan dan memberikan perlindungan paling lengkap terhadap pinjal, kutu, hama, penyakit cacing jantung, penyakit cacing paru-paru, dan cacing usus (cacing gelang, cacing kait, dan cacing cambuk) dalam satu kunyahan.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Apakah perbezaan antara NexGard® dan NexGard SPECTRA®?
Terdapat dua jenis kunyahan dalam keluarga NexGard - NexGard® dan NexGard SPECTRA®. Kedua-duanya mengandungi bahan aktif afoxolaner, yang memberikan perlindungan yang sangat baik terhadap pinjal, kutu, dan hama. NexGard SPECTRA® mengandungi bahan aktif tambahan, milbemycin oxime, yang memberikan perlindungan terhadap penyakit cacing jantung, penyakit cacing paru-paru, dan cacing usus. Dengan dua bahan aktif, NexGard SPECTRA® memberikan perlindungan paling lengkap terhadap pinjal, kutu, hama, penyakit cacing jantung, penyakit cacing paru-paru, dan cacing usus dalam satu kunyahan yang lazat.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Berapa lama masa yang diambil oleh NexGard® dan NexGard SPECTRA® untuk membunuh kutu?
NexGard® dan NexGard SPECTRA® akan membunuh kutu yang sudah ada pada anjing anda dalam masa 8 jam selepas pemberian awal.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Berapa lama NexGard® dan NexGard SPECTRA® melindungi anjing saya daripada pinjal dan kutu?
Kedua-dua NexGard® dan NexGard SPECTRA® akan melindungi anjing anda daripada pinjal dan spesies kutu yang paling bermasalah selama sebulan penuh.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Anjing saya mempunyai alahan kulit disebabkan jangkitan pinjal (FAD). Adakah NexGard® atau NexGard SPECTRA® boleh membantu dalam mengawal alahan ini?
NexGard® atau NexGard SPECTRA® adalah pilihan yang ideal untuk anjing dengan dermatitis alahan pinjal (FAD) kerana kelajuan pembunuhan pinjal yang cepat dan perlindungan selama sebulan terhadap pinjal. Untuk anjing dengan alahan pinjal, rawatan bulanan dengan NexGard® atau NexGard SPECTRA® harus diteruskan sepanjang tahun tanpa gangguan. Untuk meminimumkan kemungkinan pinjal menjangkiti semula, adalah penting untuk merawat semua haiwan dalam rumah dengan produk kawalan pinjal yang berdaftar.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Mengapa saya boleh melihat kutu mati pada anjing saya selepas menggunakan NexGard® atau NexGard SPECTRA®?
NexGard® atau NexGard SPECTRA® sangat berkesan dalam membunuh spesies kutu yang paling bermasalah yang menjangkiti anjing di Malaysia - kutu anjing coklat. Bahagian mulut kutu yang mati mungkin kekal tertanam di kulit anjing anda; namun, kutu yang mati boleh dengan mudah dikeluarkan menggunakan alat penyingkir kutu, penyepit, atau jari anda. Jika anda yakin untuk mengeluarkan kutu mati sendiri, gunakan jari atau penyepit, pegang kutu berhampiran kulit haiwan peliharaan anda (pada bahagian mulut kutu), putar kutu dan kemudian cabut kutu dari kulit.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Kenapa saya berkemungkinan untuk nampak lebih banyak pinjal pada anjing selepas ia dirawat dengan NexGard® atau NexGard SPECTRA®?
Oleh kerana NexGard® dan NexGard SPECTRA® merangsang sistem saraf kutu secara berlebihan sehingga menyebabkan hiper-eksitasi, anda mungkin melihat pinjal naik ke permukaan bulu anjing anda dan kelihatan lebih jelas semasa mereka mati.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bagaimana saya boleh membantu mencegah cacing usus pada anjing saya?
NexGard SPECTRA® melindungi daripada pinjal, kutu, hama, penyakit cacing jantung, penyakit cacing paru-paru dan cacing usus biasa (cacing gelang, cacing tambang dan cacing cambuk). NexGard SPECTRA® telah terbukti 100% berkesan dalam mencegah jangkitan cacing pita pinjal selama sebulan penuh. Untuk jangkitan cacing pita yang aktif, berbincanglah dengan doktor haiwan anda untuk maklumat terperinci.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Jika anjing saya sudah menerima ubat pencegah cacing jantung, apa yang perlu saya lakukan apabila ingin menukar ubat pencegah jantung semasa kepada NexGard SPECTRA® ?
Dos pertama NexGard SPECTRA® untuk anjing anda mesti diberikan pada atau sebelum tarikh yang dijadualkan untuk pencegah cacing jantung semasa. Ini akan mengelakkan sebarang gangguan dalam pencegahan cacing jantung. Jika pencegahan cacing jantung anjing anda telah terhenti, berbincanglah dengan doktor haiwan anda.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah NexGard SPECTRA® diberikan kepada anjing yang mempunyai cacing jantung?
Penggunaan NexGard SPECTRA® pada anjing yang positif cacing jantung belum dinilai. Walau bagaimanapun, pencegah cacing jantung seperti NexGard SPECTRA® telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada protokol rawatan standard untuk cacing jantung. Untuk maklumat lanjut, berbincanglah dengan doktor haiwan anda.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Adakah anak anjing yang sedang menyusu dilindungi daripada penyakit cacing jantung jika ibu mereka menerima NexGard SPECTRA®?
Tidak. Hanya individu yang diberikan pencegah cacing jantung seperti NexGard SPECTRA® yang dilindungi daripada penyakit tersebut. Sila berbincang dengan doktor haiwan anda untuk maklumat lanjut.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bagimanakah cara untuk memberikan dos NexGard® atau NexGard SPECTRA® pada anjing saya?
NexGard® atau NexGard SPECTRA® adalah tablet kunyah berperisa daging lembu yang hanya untuk pengambilan secara oral. Untuk memudahkan pemberian dos, NexGard® atau NexGard SPECTRA® boleh diberikan dengan atau tanpa makanan. Keluarkan hanya satu tablet kunyah pada satu masa dari kad lepuh berlapis kerajang. NexGard® atau NexGard SPECTRA® adalah tablet kunyah yang sangat enak dan mudah dimakan oleh anjing apabila ditawarkan sebagai snek. Sebagai alternatif, NexGard® atau NexGard SPECTRA® juga boleh diberikan kepada anjing anda dalam sedikit makanan anjing.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Pada umur berapakah NexGard® dan NexGard SPECTRA® boleh digunakan?
NexGard® boleh digunakan pada anak anjing dari umur 8 minggu dan berat badan sekurang-kurangnya 2 kg. NexGard SPECTRA® boleh digunakan pada anak anjing dari umur 8 minggu dan berat badan sekurang-kurangnya 1.35 kg*.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
*NexGard SPECTRA® is approved by the European Medicine Agency (EMA) for use in puppy weighing 1.35kg and above and is currently in the process of obtaining local claims.
- Bolehkah NexGard® atau NexGard SPECTRA® diberikan kepada kucing atau haiwan peliharaan lain?
Tidak. NexGard® dan NexGard SPECTRA® adalah khusus untuk anjing sahaja. Untuk kucing, produk yang sesuai adalah NexGard® COMBO.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak pasti sama ada anjing saya telah mengambil keseluruhan dos NexGard® atau NexGard SPECTRA®?
Seperti semua ubat, penjagaan harus diambil untuk memastikan bahawa anjing anda memakan keseluruhan tablet kunyah dan anjing yang dirawat harus diperhatikan selama beberapa minit selepas pentadbiran untuk memastikan tiada bahagian tablet kunyah yang hilang atau ditolak. Jika disyaki bahawa mana-mana bahagian tablet kunyah telah hilang, berikan rawatan sekali lagi dengan tablet kunyah penuh yang lain.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah NexGard® atau NexGard SPECTRA® diberikan kepada anjing yang mempunyai alahan makanan?
NexGard® dan NexGard SPECTRA® mengandungi protein soya. Mereka tidak mengandungi protein daging haiwan (termasuk dalam perisa daging lembu) dan bebas gluten. Gunakan dengan berhati-hati pada anjing yang mempunyai hipersensitiviti terhadap soya. Sila rujuk doktor haiwan anda sebelum memberikan NexGard® atau NexGard SPECTRA® jika anjing anda sedang menjalani ujian makanan.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah tablet kunyah NexGard® atau NexGard SPECTRA® dibahagikan supaya ia boleh diberikan kepada lebih daripada satu anjing?
Tidak. Anda telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih NexGard® atau NexGard SPECTRA® untuk melindungi anjing anda. Jangan mengambil risiko dengan memberikan dos yang kurang. Untuk memastikan anjing anda menerima dos yang betul dan perlindungan parasit selama sebulan penuh, mereka mesti memakan keseluruhan tablet kunyah yang sesuai dengan berat badan mereka.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bagaimana cara saya memberi dos kepada anjing yang beratnya lebih daripada 60 kg dengan NexGard SPECTRA®?
Untuk anjing yang beratnya lebih daripada 60 kg, berikan kombinasi tablet kunyah yang sesuai, contohnya untuk anjing seberat 75 kg, berikan satu tablet kunyah >30 – 60 kg bersama dengan satu tablet kunyah >7.5 – 15 kg. Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah NexGard® atau NexGard SPECTRA® digunakan pada anjing yang untuk dibiakkan, bunting, atau menyusukan anak?
Sudah tentu! NexGard® dan NexGard SPECTRA® telah mendapat kelulusan untuk digunakan pada anjing yang sedang membiak, hamil, dan menyusukan anak. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berbincang dengan doktor haiwan anda.
- Apa yang perlu saya lakukan jika anjing saya termakan banyak NexGard® atau NexGard SPECTRA® pada satu masa?
Kajian keselamatan telah menunjukkan bahawa NexGard® dan NexGard SPECTRA® mempunyai margin keselamatan yang luas, walau bagaimanapun, jika anjing anda termakan beberapa NexGard® atau NexGard SPECTRA® kunyah, sila hubungi doktor haiwan anda.
- Adakah NexGard® atau NexGard SPECTRA® berbahaya kepada manusia jika tertelan secara tidak sengaja?
NexGard® dan NexGard SPECTRA® boleh menyebabkan gangguan gastrousus jika tertelan oleh manusia. Sekiranya tertelan secara tidak sengaja, terutamanya dalam kes kanak-kanak, dapatkan nasihat perubatan segera dan berikan label produk kepada doktor. Untuk mengurangkan risiko tertelan secara tidak sengaja, jauhkan daripada capaian kanak-kanak, keluarkan hanya satu tablet kunyah pada satu masa dari kad lepuh berlapis kerajang dan berikan kepada anjing segera selepas dikeluarkan dari pembungkusan. Sebarang kejadian buruk yang disyaki pada manusia, sila Hubungi Kami.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Apa yang perlu saya lakukan jika anjing saya mengalami tindak balas yang tidak dijangka selepas mengambil NexGard® atau NexGard SPECTRA®?
Jika anda percaya anjing anda telah mengalami reaksi yang tidak dijangka selepas pengambilan NexGard® atau NexGard SPECTRA®, sila berbincang dengan doktor haiwan anda atau Hubungi Kami.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Adakah NexGard® dan NexGard SPECTRA® selamat digunakan untuk mana-mana baka anjing?
NexGard® dan NexGard SPECTRA® telah terbukti selamat dan berkesan dalam pelbagai baka anjing (termasuk baka Collie) apabila digunakan seperti yang diarahkan dan boleh diberikan kepada anak anjing dari umur 8 minggu, dengan syarat mereka mempunyai berat sekurang-kurangnya 2 kg. Afoxolaner, bahan aktif dalam NexGard® dan NexGard SPECTRA®, adalah sebahagian daripada keluarga bahan kimia isoxazoline. Reaksi buruk terhadap keluarga bahan kimia ini jarang diperhatikan tetapi mungkin termasuk muntah, cirit-birit, kelesuan, hilang selera makan, kegatalan dan sangat jarang, sawan. Kebanyakan reaksi buruk adalah terhad dan bersifat sementara. Gunakan dengan berhati-hati pada anjing yang mempunyai sejarah epilepsi atau sebarang gangguan sawan lain. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berbincang dengan doktor haiwan anda atau Hubungi Kami.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.
- Bolehkah saya menggunakan NexGard® atau NexGard SPECTRA® jika anjing saya mengambil ubat lain?
Kajian khusus mengenai penggunaan serentak NexGard SPECTRA® dengan ubat lain belum dijalankan. Walau bagaimanapun, dalam kajian lapangan, kedua-dua NexGard® dan NexGard SPECTRA® diterima dengan baik oleh anjing yang menerima pelbagai jenis ubat serentak, termasuk anestetik, ubat penahan sakit, ubat cacing, antibiotik, ubat jantung, diuretik, anti-radang, sedatif, parasitisida topikal, dan vaksin. Tiada amaran atau kontraindikasi khusus pada label produk mengenai penggunaan NexGard® atau NexGard SPECTRA® dengan mana-mana ubat lain. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berbincang dengan doktor haiwan anda.
Lihat label produk untuk butiran tuntutan penuh dan arahan penggunaan.