Lebih Daripada Nafas Segar: Mengapa Penjagaan Kesihatan Mulut Penting Untuk Kesihatan Haiwan Peliharaan Anda

Penjagaan kesihatan mulut bagi kucing dan anjing memainkan peranan penting dalam melindungi haiwan peliharaan daripada penyakit serius yang boleh menjejaskan kesihatan serta mengancam nyawa, di samping menyokong kehidupan yang lebih panjang dan sihat. 

Desktop-cat-dentalhealth.png
mobile-cat-dental.png

Mengapa Kesihatan Mulut Haiwan Peliharaan Penting

Apabila kita memikirkan tentang penjagaan haiwan peliharaan, aspek seperti pemakanan seimbang, vaksinasi secara berkala, serta pencegahan parasit gengan NexGard® COMBO dan NexGard SPECTRA® sering menjadi keutamaan. Namun begitu, satu aspek yang sering dipandang remeh ialah penjagaan kesihatan mulut. Sehubungan itu, kajian menunjukkan bahawa penyakit pergigian merupakan antara masalah kesihatan yang paling lazim dalam kalangan haiwan peliharaan, dengan sehingga 73% anjing dan 64% kucing mengalami masalah berkaitan pergigian1.
Walaupun nafas berbau sering dianggap perkara biasa, kesihatan mulut yang terabai boleh memberi kesan serius terhadap kesejahteraan dan kualiti hidup haiwan peliharaan. Seperti manusia, penjagaan mulut yang tidak mencukupi membolehkan bakteria plak terkumpul di sepanjang garis gusi, seterusnya menyebabkan keradangan dan gingivitis2.

Jika tidak dirawat, keradangan ini boleh menjadi semakin teruk dan merosakkan struktur sokongan gigi, lalu membawa kepada penyakit periodontal, iaitu satu keadaan yang menyakitkan dan boleh mengakibatkan penyusutan tulang di sekitar gigi, gigi menjadi longgar, serta akhirnya kehilangan gigi3

Selain itu, bakteria berbahaya daripada gusi yang dijangkiti boleh memasuki saluran darah melalui satu proses yang dikenali sebagai bacteraemia4. Bakteria ini kemudiannya boleh merebak ke organ penting seperti jantung, hati dan buah pinggang, sekali gus meningkatkan risiko penyakit sistemik, terutamanya dalam kalangan haiwan peliharaan yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan sedia ada5.

Mengenal Pasti Masalah Kesihatan Mulut pada Haiwan Peliharaan

Oleh kerana kucing dan anjing tidak dapat menyatakan kesakitan secara lisan, penyakit gigi sering tidak disedari sehingga berada peringkat yang lebih serius. Walaubagaimanapun, pemilik haiwan boleh mengesan tanda-tanda awal dengan memerhatikan perubahan tingkah laku dan fizikal seperti berikut6:

• Nafas berbau yang berterusan (halitosis): Kebiasaannya merupakan tanda awal gingivitis akibat pengumpulan bakteria.

• Gusi berdarah atau bengkak: Menunjukkan jangkitan dan keradangan gusi.

• Perubahan tabiat makan: Seperti mengunyah pada satu sisi, menjatuhkan makanan, mengiringkan kepala, atau lebih cenderung memilih makanan lembut.

• Mennggaru atau menyentuh bahagian muka atau mulu: Menandakan ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian oral.

• Gigi longgar atau kehilangan gigi: Kebiasaannya menunjukkan penyakit periodontal pada peringkat lanjut.

Cara Mencegah Penyakit Mulut Pada Haiwan Peliharaan Anda

Memandangkan kesihatan mulut memainkan peranan penting dalam kejahteraan jangka panjang haiwan peliharaan, langkah pencegahan dapat memberi kesan yang signifikan. Memberus gigi haiwan peliharaan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan produk yang khusus untuk haiwan merupakan antara kaedah paling berkesan untuk mengurangkan plak7.

Selain itu, pemeriksaan gigi oleh doktor veterinar secara tahunan juga sangat penting dan boleh dilakukan bersama prosedur pembersihan gigi secara profesional. Gabungan ini membolehkan pengesanan awal penyakit mulut serta pembersihan menyeluruh di kawasan yang sukar dicapai melalui memberus sahaja. 

Kesimpulannya, walaupun nafas segar mungkin merupakan manfaat yang paling ketara, nilai sebenar penjagaan kesihatan mulut terletak pada keupayaan untuk mencegah kesakitan, penyakit dan komplikasi jangka panjang. Ini seterusnya membantu haiwan peliharaan menikmati kehidupan yang lebih lama, sihat dan selesa bersama pemiliknya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut, sila rujuk kepada doktor haiwan berhampiran anda.


Refs: 
1. https://www.banfield.com/about-banfield/newsroom/press-releases/2024/state-of-pet-dental-health

2. https://wsava.org/wp-content/uploads/2020/01/Dental-Guidleines-for-endorsement_0.pdf

3. https://wsava.org/wp-content/uploads/2020/01/Dental-Guidleines-for-endorsement_0.pdf

4. https://www.msdvetmanual.com/special-pet-topics/infections/infections-caused-by-bacteria

5. https://www.msdvetmanual.com/special-pet-topics/infections/infections-caused-by-bacteria

6. https://www.aaha.org/resources/your-pets-dental-care/

7. https://www.petmd.com/general-health/how-often-should-you-brush-dog-teeth-and-cat-teeth