Cacing Kerawit - Si Penyerang Hendap

Pengesanan awal jangkitan cacing kerawit boleh menyelamatkan nyawa anjing anda. Ketahui cara mengenal pasti tanda-tanda amaran, melindungi si manja dan mencegah jangkitan cacing kerawit.

Desktop_Aug_Dog-Hookworms.png
Mobile_Aug_Dog-Hookworms.png

Pengenalan

Jangan menilai sesuatu hanya berdasarkan apa yang anda lihat dan jangan menganggap si manja anda sihat hanya kerana mereka kelihatan baik-baik sahaja. Walaupun kelihatan aktif dan sihat, anjing anda mungkin sebenarnya menjadi perumah kepada parasit tersembunyi, termasuk cacing kerawit.

Cacing kerawit ialah parasit usus yang melekat pada dinding usus kecil dan makan darah perumahnya.¹ Di Asia, Ancylostoma ceylanicum merupakan antara spesies cacing kerawit yang paling banyak ditemui dan kajian melaporkan bahawa spesies ini telah dikesan dalam lebih 40% anjing peliharaan.⁴

Malangnya, cacing kerawit juga bersifat zoonotic, iaitu boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Pada anjing, infestasi cacing kerawit boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius, manakala jangkitan pada manusia boleh menyebabkan masalah kulit yang tidak selesa, termasuk kegatalan yang teruk dan kemerahan pada kulit.

Serangan Senyap Cacing Kerawit

Si manja boleh dijangkiti cacing kerawit melalui beberapa cara, misahnya dengan tanah yang tercemar menjadi antara sumber jangkitan yang paling biasa.

Apabila berjalan di atas tanah yang tercemar, larva cacing kerawit boleh menembusi kulit si manja atau masuk ke dalam tubuh apabila anjing menjilat atau termakan tanah yang tercemar. Jangkitan juga boleh terjadi apabila anjing anda termakan perumah paratenik (paratenic hosts) seperti tikus yang telah dijangkiti larva cacing kerawit. Larva ini kemudiannya bergerak ke usus kecil untuk membesar, mengawan dan menghasilkan telur.

Anak anjing juga sangat terdedah kepada jangkitan kerana larva cacing kerawit boleh berpindah daripada ibu yang dijangkiti kepada anak melalui susu, sekali gus berpotensi menyebabkan jangkitan yang serius pada usia yang sangat muda.

Malangnya, cacing kerawit sering dianggap sebagai parasit yang senyap kerana jangkitan pada peringkat awal selalunya hanya menyebabkan tanda-tanda yang ringan, tidak begitu jelas atau tiada gejala yang ketara, terutamanya dalam kalangan anjing dewasa. Namun, jika tidak dirawat, masalah pencernaan yang kelihatan ringan boleh berkembang menjadi komplikasi yang jauh lebih serius, termasuk:

- Anemia¹ - akibat kehilangan darah berterusan bila cacing kerawit menghisap darah dari dinding usus.

- Ischemic hepatopathy³ - kesan kekurangan oksigen ke hati akibat kehilangan darah yang banyak, lantas menyebabkan kerosakan hati.

- Hemorrhagic enteritis⁵ - terjadi akibat gigitan berulang cacing kerawit pada dinding usus, menyebabkan keradangan, pendarahan, dan kehilangan cecair dalam usus.

Anjing dewasa mempunyai daya tahan yang lebih tinggi bila berdepan dengan jangkitan cacing kerawit, maka dengan itu, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi. Namun begitu, jangkitan cacing kerawit boleh mengancam nyawa jika ia menjangkiti anak-anak anjing atau anjing yang secara amnya lebih lemah, kekurangan zat, ataupun sudah mempunyai masalah kesihatan terdahulu.⁵

Serangan cacing kerawit terhadap manusia lazimnya berlaku di kawasan tropika, terutamanya jika kawasan tersebut kurang bersih.¹⁵ Cacing kerawit merebak dari kulit anjing ke kulit manusia tersentuh atau terpijak tanah yang dicemari apabila larva cutaneous larva migrans (CLM), yakni larva dari najis anjing. Larva yang bergerak di bawah kulit meninggalkan kesan kemerahan dan rasa gatal yang berpanjangan.⁶

Tanda-Tanda Awal Jangkitan Cacing Kerawit

Memandangkan jangkitan cacing kerawit pada anjing sering berlaku tanpa disedari, penting untuk mengenali tanda-tanda awal sebelum keadaan menjadi lebih serius. Antara gejala yang perlu diberi perhatian termasuk:

- Cirit-birit atau najis gelap seperti tar (melena) - tanda pendarahan dalaman akibat cacing kerawit menghisap darah dari usus kecil.¹²

- Berat badan turun atau sukar untuk naik - terjadi akibat pendarahan usus yang berterusan, lantas menjejaskan penyerapan nutrien dan selera makan.¹²

- Lesu dan letih - kesan kehilangan darah mengurangkan sel darah merah yang mengakibatkan kekurangan tenaga.¹²

- Gusi pucat - tanda anemia akibat kehilangan darah yang berterusan.¹²

- Bulu kusam, badan kelihatan tidak segar - akibat kehilangan darah, protein, dan nutrisi yang tidak mencukupi.¹⁴

- Batuk - terjadi disebabkan kerengsaan apabila larva cacing kerawit melalui paru-paru sebelum sampai ke usus.¹²

- Kulit gatal dan kemerahan - kesan akibat larva yang menembusi kulit, terutamanya di sekitar tapak kaki dan celah jari.¹²

Diagnosis, Rawatan dan Pencegahan

Jika si manja anda menunjukkan salah satu atau lebih tanda-tanda awal yang dinyatakan di atas, anda disarankan untuk membawa mereka berjumpa dengan doktor haiwan secepat mungkin agar jangkitan dapat dikesan dan dirawat dengan segera, lantas mengurangkan risiko dan komplikasi.

Doktor haiwan mungkin akan mencadangkan ujian-ujian berikut bagi tujuan pengesahan jangkitan:

1. Ujian lumuran atau apungan najis untuk mengesan telur cacing kerawit dalam najis.

2. Ujian antigen najis untuk mengenal pasti protein yang dihasilkan oleh cacing kerawit, walaupun dengan jumlah telur yang rendah.

3. Ujian PCR untuk mengenal pasti spesies cacing kerawit dengan tepat.

4. Ujian darah bagi menilai tahap anemia dan kesihatan keseluruhan.

Setelah doktor haiwan mengesahkan bahawa si manja anda mengalami jangkitan cacing kerawit, mereka akan memberikan ubat cacing (anthelmintik) untuk menghapuskan parasit tersebut.

Jangkitan ringan biasanya akan pulih dengan rawatan lazim dan penjagaan rapi di rumah. Tetapi, bagi anjing muda atau si manja yang mengalami jangkitan pada tahap yang lebih tinggi, mereka mungkin perlu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sokongan seperti tambahan cecair dan nutrisi. Bagi yang disahkan mengalami anemia, rawatan yang diperlukan adalah pemindahan darah.

Namun begitu, walaupun doktor haiwan boleh merawat jangkitan sehingga sembuh, si manja anda akan terdedah kepada risiko jangkitan semula jika tidak mendapat pencegahan secara berterusan seperti NexGard SPECTRA®, ubat pencegahan parasit yang berkesan yang disyorkan doktor haiwan.

NexGard SPECTRA® menawarkan perlindungan parasit paling menyeluruh. Ini kerana selain melindungi anjing daripada cacing kerawit, ia turut mencegah cacing jantung, cacing paru-paru, kutu, sengkenit, hama, dan banyak lagi. Bahan aktifnya, milbemycin oxime, menyerang sistem saraf parasit, lantas melumpuhkan dan mematikan parasit tersebut.

Kekal Terlindung Bersama PetCare Reminders®

Pengambilan ubat pencegahan parasit hanya akan memberikan kesan yang optimum dengan pengambilan secara konsisten, sebaiknya satu dos setiap bulan. Jika anda terlepas satu dos, si manja anda akan berdepan dengan risiko jangkitan parasit yang lebih tinggi, dan jika mereka pernah mengalami jangkitan sebelum ini, mereka mungkin akan dijangkiti semula.

Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita semua mempunyai jadual harian yang padat dengan urusan kerja, penjagaan keluarga, dan lain-lain urusan yang perlu diberikan perhatian. Maka tidak hairanlah jika ada masa, kita terlupa secara tidak sengaja untuk memberikan dos bulanan kepada si manja.

Bagi membantu memudahkan urusan pemilik anjing kesayangan sekalian, kami memperkenalkan PetCare Reminders®, perisian atas talian PERCUMA yang akan memberikan peringatan kepada pemilik haiwan mengenai tarikh rawatan, ubat-ubatan, vaksinasi, dan temujanji doktor haiwan. PetCare Reminders® boleh diselaraskan dengan kalendar pilihan anda bagi memudahkan urusan peringatan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom jadi 'paw parent' yang lebih hebat. Daftar PetCare Reminders® hari ini supaya si manja kekal gembira dan terlindung sepanjang tahun.

Rujukan:

1. https://www.msdvetmanual.com/digestive-system/gastrointestinal-parasites-of-small-animals/hookworms-in-small-animals 

2. https://link.springer.com/article/10.1186/s44149-024-00117-y

3. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC3418564/

4. https://doi.org/10.1093/trstmh/trz115 

5. https://www.vet.cornell.edu/departments-centers-and-institutes/riney-canine-health-center/canine-health-topics/hookworms-dogs

6. https://www.cdc.gov/zoonotic-hookworm/about/index.html

7. https://www.boehringer-ingelheim.com/animal-health/animals-we-support/dogs/what-are-hookworms-dogs

8. https://archive.cdc.gov/#/details?url=https://www.cdc.gov/parasites/resources/roundworms_hookworms.html 

9. https://doi.org/10.3390/ani10112154 

10. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0142231

11. https://doi.org/10.1016/j.vetpar.2017.03.028 

12. https://www.merckvetmanual.com/dog-owners/digestive-disorders-of-dogs/gastrointestinal-parasites-of-dogs 

13. https://www.cfsph.iastate.edu/Factsheets/pdfs/hookworms.pdf 

14. https://capcvet.org/guidelines/hookworms/ 

15. https://doi.org/10.2471/B09273