Tanda-Tanda Tersembunyi Kutu Telinga pada Kucing

Kutu telinga memang biasa berlaku, tetapi ini tidak bermakna ia tidak berbahaya. Ketahui cara mengenali tanda-tanda jangkitan, fahami bagaimana kutu telinga merebak, dan pelajari cara melindungi si manja anda daripada masalah yang merimaskan ini.

Desktop_Aug_Cat-Ear Mites.png
Mobile_Aug_Cat-Ear Mites.png

Pengenalan

Pernahkah anda perasan kucing anda menggaru telinga secara berlebihan atau kerap menggosok kepalanya pada perabot? Adakah si manja kelihatan lebih gelisah atau meragam daripada biasa? Pernahkah anda melihat tompok bulu yang gugur, terutamanya di sekitar telinga?

Walaupun tanda-tanda ini nampak seperti perkara biasa, ia sebenarnya petanda yang si manja anda ada masalah parasit: kutu telinga.

Kutu telinga atau Otodectes cynotis¹ merupakan antara parasit luaran yang paling biasa menjangkiti kucing dan boleh menjejaskan sehingga 30.6% kucing peliharaan.⁹ Parasit kecil ini hidup di dalam saluran telinga, tempat ia memperoleh nutrien daripada minyak kulit, tahi telinga, sisa kulit dan cecair tisu. Walaupun kutu telinga jarang mengancam nyawa, ia boleh menyebabkan iritasi, keradangan dan kegatalan yang teruk di dalam saluran telinga.²

Kutu telinga juga sangat mudah berjangkit dan lazimnya merebak daripada satu haiwan kepada haiwan lain. Oleh sebab itu, isi rumah yang mempunyai lebih daripada seekor haiwan peliharaan sering menghadapi risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Kesan Jangkitan Kutu Telinga

Jangkitan kutu telinga boleh menyebabkan si manja berasa sangat tidak selesa. Keadaan ini berlaku kerana kutu yang bergerak dan menggigit di dalam saluran telinga boleh menyebabkan keradangan serta kegatalan yang teruk. 

Oleh sebab saiz kutu telinga yang sangat kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar, pemilik kucing kadangkala terlepas pandang tanda-tanda awal jangkitan. Tambahan pula, gejala awal jangkitan sering menyerupai tabiat membersihkan diri (grooming) yang normal. Namun, ini tidak bermakna jangkitan kutu telinga tidak boleh dikesan atau dicegah pada peringkat awal. Sebagai pemilik kucing, jom kenal pasti tanda-tanda awal jangkitan kutu telinga supaya anda dapat mengambil tindakan dengan segera:

- Tahi telinga berwarna gelap seperti serbuk kopi, yang terdiri daripada tahi telinga, darah, dan sel kulit mati yang terkumpul akibat kerengsaan daripada kutu.

- Kerap menggaru dan menggelengkan kepala secara berterusan semasa kucing cuba melegakan rasa tidak selesa dalam cubaan untuk menyingkirkan kutu telinga.

- Saluran telinga kemerahan, bengkak, atau meradang disebabkan kerengsaan dan kerosakan tisu apabila kutu menggigit permukaan kulit semasa makan.

- Menggesel muka atau telinga pada sebarang permukaan seperti perabot untuk melegakan rasa gatal dan tidak selesa akibat kutu.

- Melipat telinga rapat ke kepala untuk mengurangkan rasa tidak selesa semasa kutu makan sisa dan rembesan kulit.

- Lebih sensitif apabila telinga disentuh akibat kerengsaan dan keradangan pada saluran telinga yang boleh menyebabkan kesakitan.

- Banyak meragam atau gelisah disebabkan rasa gatal dan tidak selesa yang berterusan akibat kerengsaan saluran telinga.

- Keguguran bulu di sekitar telinga kerana kerap menggaru akibat rasa gatal yang teruk daripada kerengsaan dan keradangan.

Malangnya, kesan jangkitan kutu telinga bukan sahaja menyebabkan kucing berasa tidak selesa. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti kerosakan pada kulit dan saluran telinga, gegendang telinga pecah, kehilangan pendengaran jangka panjang, serta hematoma aurikel (pengumpulan darah yang menyebabkan bengkak pada bahagian telinga).

Selain itu, jangkitan kutu telinga juga boleh mencetuskan jangkitan bakteria atau kulat. Oleh sebab jangkitan ini sangat mudah berjangkit, ia boleh merebak dengan cepat kepada haiwan peliharaan lain di rumah jika tidak dirawat dengan segera.

Diagnosis dan Rawatan Kutu Telinga Kucing

Memandangkan jangkitan kutu telinga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius, anda disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan doktor haiwan sebaik sahaja mengesan tanda-tanda awal jangkitan.

Anda mungkin terdorong untuk membersihkan atau merawat sendiri telinga kucing di rumah, namun tindakan ini secara amnya tidak digalakkan. Penggunaan putik kapas (cotton bud) boleh menolak kotoran lebih jauh ke dalam saluran telinga serta meningkatkan risiko kecederaan pada gegendang telinga. Selain itu, sesetengah ubat titis telinga juga mungkin tidak sesuai digunakan pada kucing.

Oleh itu, bawalah kucing anda berjumpa doktor haiwan bagi mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai. Jika doktor haiwan mengesyaki kucing anda mengalami jangkitan kutu telinga, mereka kebiasaannya akan menilai simptom yang ditunjukkan, persekitaran tempat tinggal, serta sejarah pendedahan kepada haiwan lain.

Bagi mengesahkan diagnosis, doktor haiwan mungkin akan memeriksa saluran telinga untuk mengesan kehadiran kutu hidup, telur kutu, tanda-tanda keradangan atau lelehan yang tidak normal. Sampel kotoran telinga juga boleh diambil menggunakan putik kapas untuk diperiksa di bawah mikroskop bagi mengenal pasti kehadiran kutu.⁷

Sebaik sahaja jangkitan kutu telinga disahkan, doktor haiwan anda mungkin akan mengesyorkan ubat parasit topikal seperti NexGard COMBO®. Dengan bahan aktif eprinomectin, NexGard COMBO® membantu mengawal jangkitan kutu telinga dengan melawan sistem saraf parasit agar ia lumpuh dan mati.

Selain kutu telinga, NexGard COMBO® memberikan perlindungan paling menyeluruh terhadap pelbagai jenis parasit, termasuk kutu (fleas dan ticks), kurap (mange mites), dan cacing usus.

Jangan Terlepas Rawatan/Pencegahan dengan PetCare Reminders®

Pengambilan ubat pencegahan parasit memainkan peranan penting bagi melindungi kucing anda daripada kutu telinga dan parasit lain. Namun begitu, pengambilan sahaja tidak mencukupi. Anak bulu anda perlu mengambil ubat pencegahan parasit dengan konsisten setiap bulan agar ia mendapat perlindungan penuh sepanjang tahun.

Namun begitu, pengambilan ubat pencegahan kadang-kala terlewat akibat kesibukan kerja, urusan keluarga, dan jadual yang padat. Perkara itu adalah normal.

Disebabkan itu, kami ciptakan PetCare Reminders®.

Ia merupakan perisian atas talian percuma yang akan memberikan peringatan tarikh rawatan harian, bulanan, dan tahunan haiwan peliharaan anda, penjagaan pencegahan, serta janji temu doktor haiwan. Untuk lebih memudahkan urusan, PetCare Reminders® boleh disambung ke kalendar pilihan anda.

Jadi tunggu apa lagi. Tingkatkan penjagaan haiwan peliharaan anda dengan mendaftar PetCare Reminders® hari ini agar anda tidak perlu risau tentang pengambilan ubat perlindungan parasit lagi.

Rujukan

1. https://www.vet.cornell.edu/departments-centers-and-institutes/cornell-feline-health-center/health-information/feline-health-topics/ear-mites-tiny-critters-can-pose-major-threat 

2. https://capcvet.org/guidelines/otodectic-mite/ 

3. https://doi.org/10.1177/1098612X211007072 

4. https://doi.org/10.1111/vde.12340 

5. https://doi.org/10.1051/parasite/2021022 

6. https://todaysveterinarypractice.com/parasitology/ear-mites-uncovering-treating-and-preventing-infestations/ 

7. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC3039897/ 

8. https://doi.org/10.1051/parasite/2021013 

9. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70178/1/FPV%202011%2032%20-%20IR.pdf