Pengenalan
Kutu dan hama ialah parasit luaran yang hidup pada atau di dalam tubuh haiwan untuk terus hidup. Walaupun kedua-duanya tergolong dalam keluarga araknid (haiwan kecil berkaki lapan), kutu dan hama berbeza dari segi saiz serta cara jangkitan. Kutu boleh dilihat dengan mata kasar dan hidup dengan menghisap darah haiwan. Manakala hama pula sangat kecil, tidak dapat dilihat tanpa bantuan alat pembesaran. Hama hidup dalam folikel bulu atau di dalam telinga si manja, dan memakan sel kulit, cecair tisu serta tahi telinga untuk terus hidup.
Kedua-dua parasit ini boleh merebak dengan mudah di dalam rumah. Selain menyebabkan masalah kulit yang serius pada haiwan kesayangan, ia juga berpotensi menjejaskan kesihatan manusia jika tidak dirawat.¹
Apakah Kutu dan Hama pada Anjing?
Kutu ialah parasit luaran yang hidup dengan menghisap darah hos untuk membesar dan membiak. Ia boleh dilihat dengan mata kasar dan biasanya kelihatan seperti labah-labah kecil berwarna perang atau kelabu. Selepas melekat pada tubuh hos, kutu akan menghisap darah hos dan saiznya semakin membesar. Bergantung pada spesiesnya, ada kutu yang boleh terus melekat pada hos sehingga 14 hari sebelum tertanggal untuk bertelur.
Hama pula ialah parasit yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Ia hidup di atas atau di bawah permukaan kulit hos, di dalam folikel bulu atau di dalam telinga. Hama memperoleh makanan daripada minyak kulit, sel kulit mati dan cecair tisu sebelum melengkapkan kitaran hidupnya, yang biasanya mengambil masa sekitar 17 hingga 28 hari.
Selain menyebabkan ketidakselesaan pada si manja, kutu juga boleh membawa risiko kesihatan kepada haiwan lain dan juga manusia. Kutu berupaya membawa bakteria, virus serta parasit yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Apabila kutu yang dijangkiti menggigit hos, organisma penyebab penyakit ini boleh dipindahkan kepada haiwan lain atau manusia.³ Bagi manusia, jangkitan akibat gigitan kutu boleh menyebabkan simptom seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit otot.³ Bagi anjing pula, simptom yang mungkin berlaku merangkumi demam, lesu, hilang selera makan, penurunan berat badan, gusi pucat dan pembengkakan nodus limfa. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh menjadi lebih serius sehingga menyebabkan anemia, gangguan pembekuan darah atau kerosakan organ.³
Berbeza dengan kutu, hama terdapat pada kulit dan telinga anjing. Jika tidak dirawat, serangan hama boleh menyebabkan kegatalan yang teruk, keradangan, keguguran bulu serta jangkitan kulit sekunder, sekali gus menjejaskan keselesaan dan kualiti hidup si manja.
Rutin 5 Minit Setiap Bulan untuk Memeriksa Kutu dan Hama Pada Si Manja
Bagi memastikan anjing kesayangan anda kekal sihat, selesa dan gembira, pemeriksaan kutu dan hama perlu dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan dan dandanan bulanan si manja. Langkah mudah ini membantu mengesan masalah lebih awal sebelum ia menjadi lebih serius atau merebak. Walaupun kutu dan hama sukar dikesan pada peringkat awal,⁶ hanya dengan meluangkan sekitar lima minit setiap bulan untuk memeriksa si manja boleh memberikan impak yang besar dalam melindungi kesihatannya.
Pelajari tip-tip praktikal untuk membantu anda mengesan kutu dan hama pada si manja anda:
1. Periksa Kawasan yang Kerap Digaru
Tabiat menggaru, menjilat atau menggeleng kepala yang kerap merupakan antara tanda awal serangan kutu atau hama. Ini kerana anjing biasanya akan menggaru untuk cuba menanggalkan kutu yang melekat pada kulit, atau bagi melegakan kegatalan akibat gigitan hama, air liur, sisa buangan atau aktiviti hama yang hidup di dalam kulit.
Semasa mendandan si manja anda, beri perhatian lebih pada bahagian yang sering digaru, seperti berikut:
• Telinga – Lipatan telinga yang hangat dan terlindung menjadikannya tempat persembunyian yang ideal untuk kutu dan hama. Hama khususnya mudah membiak di kawasan ini kerana persekitarannya yang lembap serta kaya dengan sisa kulit yang menjadi sumber makanan.
• Lipatan leher – Kutu sering melekat pada kawasan lipatan kulit di leher yang susah dicapai ketika ia menggaru atau menjilat tubuhnya.
• Ketiak – Suhu bahagian ini yang hangat dan terlindung menjadi lokasi kegemaran kutu kerana sukar dilihat dan diperiksa semasa rutin dandanan.
• Perut – Kulit di bahagian perut yang lebih nipis memudahkan kutu melekat dan menghisap darah.
• Celah jari kaki – Kutu yang hinggap dari rumput atau tumbuhan bersembunyi di celah jari kaki yang sukar dilihat. Kawasan ini juga sering terlepas pandang semasa pemeriksaan dan boleh memerangkap kelembapan, menjadikannya lebih sesuai untuk pembiakan hama.
• Pangkal ekor – Bulu yang tebal di kawasan ini memudahkan kutu bersembunyi dan sukar dicapai oleh anjing untuk menggaru atau menggigit.
2. Periksa Kulit untuk Tanda-Tanda Keradangan
Seterusnya, periksa kulit si manja anda dengan lebih teliti. Antara tanda yang mungkin dikaitkan dengan serangan kutu termasuk:
• Kemerahan – Menandakan tindak balas kulit terhadap gigitan kutu.⁷
• Bengkak – Benjolan kecil atau kawasan yang timbul mungkin kelihatan di sekitar tempat gigitan apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap gigitan tersebut.⁷
• Benjolan kecil – Boleh berlaku akibat gigitan kutu yang baru atau tindak balas setempat pada kulit.⁷
• Kudis atau tompokan berkerak – Terhasil apabila kulit sedang sembuh daripada gigitan atau akibat kerap digaru dan dijilat.⁷
3. Perhatikan Tabiat Sering Menjilat atau Menggigit Tubuh Secara
Si manja anda akan cuba mengurangkan ketidakselesaan mereka dengan cara menjilat, menggigit atau mengunyah pada kawasan yang gatal. Jika si manja anda kerap memberi tumpuan pada bahagian yang sama secara berulang, ini boleh menjadi tanda ketidakselesaan yang mungkin berpunca daripada kehadiran kutu atau hama pada kawasan tersebut.
4. Raba Bulu untuk Mengesan “Penumpang Tersembunyi”
Lalukan tangan anda secara perlahan pada seluruh badan si manja, sambil memberi perhatian khusus kepada kawasan yang sering menjadi tempat persembunyian seperti telinga, leher, ketiak, bahagian pangkal paha dan celahan jari kaki. Sikat khas kutu juga boleh digunakan untuk memeriksa dengan lebih teliti dan membantu mengesan kehadiran parasit yang tersembunyi.
Tekstur badan kutu adalah seperti benjolan kecil yang melekat pada kulit dan warnanya berbeza bergantung kepada tempoh ia menghisap darah hos:
• Perang atau Hitam – Kutu kelihatan berwarna perang atau hitam apabila ia belum banyak menghisap darah. Saiz dan rupanya boleh berbeza mengikut spesies, tetapi kutu yang masih kecil selalunya kelihatan seperti sebutir pasir atau biji popi.⁸
• Merah Coklat – Apabila kutu mula menghisap darah, warnanya boleh berubah menjadi merah coklat. Perubahan warna ini menunjukkan ia sedang aktif menghisap darah hos. Namun begitu, kadar pengisapan darah berbeza mengikut spesies dan peringkat hidup kutu.⁸
• Kelabu dan Membengkak – Kutu yang kelihatan kelabu dan bengkak biasanya telah melekat selama beberapa hari dan telah menghisap banyak darah. Kutu betina akan menjadi lebih besar apabila ia mengumpul nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan telur selepas tertanggal daripada perumah.⁸
5. Jangan Abaikan Bahagian Telinga
Sesetengah hama, terutamanya hama telinga, hidup di dalam saluran telinga dan boleh menyebabkan kegatalan yang sangat kuat. Ini berpunca daripada iritasi, pergerakan hama di dalam telinga, keradangan akibat hasil buangan hama, serta pengumpulan habuk serta hama yang sudah mati di dalam saluran telinga.
Antara tanda-tanda hama telinga pada si manja anda:
• Menggaru telinga secara berlebihan – Si manja kerap menggaru telinga akibat kegatalan dan kerengsaan yang disebabkan oleh aktiviti hama, keradangan serta pengumpulan sisa di dalam saluran telinga.² Tabiat menggaru yang berterusan juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit sekitar telinga atau menjadi luka.
• Kotoran gelap seperti “serbuk kopi” – Antara tanda biasa hama telinga ialah kehadiran kotoran berwarna gelap dan bertekstur rapuh di dalam saluran telinga. Bahan ini terdiri daripada tahi telinga, minyak, sisa kulit serta najis hama yang terkumpul apabila infestasi semakin teruk.²
• Menggeleng kepala – Si manja kerap menggelengkan kepala untuk melegakan ketidakselesaan, kegatalan atau rasa tersumbat di dalam telinga akibat pengumpulan sisa. Tabiat ini juga boleh menyebabkan kerengsaan tambahan atau kecederaan pada telinga jika berlarutan.²
• Kemerahan atau keradangan di dalam telinga – Saluran telinga mungkin kelihatan merah, bengkak atau sensitif akibat kerengsaan berterusan, tindak balas terhadap air liur dan sisa hama, serta kecederaan sendiri akibat kerap menggaru dan menggeleng kepala.²
Dapatkan Nasihat Pakar Jika Anda Tidak Pasti
Walaupun terdapat produk anti-parasit yang boleh dibeli di kedai barang keperluan haiwan peliharaan yang boleh membantu mengawal serangan parasit yang sedang aktif, saranan penting untuk mendapatkan nasihat pakar secepat mungkin. Doktor veterinar pakar menilai keadaan si manja anda dengan lebih tepat, mengenal pasti sebarang masalah kesihatan yang berpunca daripada kutu atau hama, serta mencadangkan rawatan yang sesuai untuk mengawal infestasi yang sedang berlaku sekaligus mengurangkan risiko jangkitan semula pada masa akan datang.
Dalam banyak kes, doktor veterinar juga akan mencadangkan ubat pencegahan bulanan seperti NexGard SPECTRA®. Rawatan anti-parasit bulanan ini membantu melindungi si manja anda daripada kutu dan hama melalui bahan aktif afoxolaner yang diserap ke dalam saluran darah. Apabila kutu atau hama menggigit si manja anda, parasit tersebut akan turut menyerap bahan rawatan melalui darah yang dihisap, seterusnya mengganggu sistem saraf parasit dan menyebabkan kematian parasit, biasanya dalam tempoh sekitar 48 jam.
Bina Rutin Bulanan untuk Perlindungan Berterusan
Meskipun produk perlindungan parasit terbukti berkesan melindungi anjing daripada pelbagai jenis parasit, keberkesanannya bergantung kepada pemberian dos setiap bulan secara konsisten. Jika anda terlepas satu dos, ianya boleh menyebabkan berlakunya jurang perlindungan, sekali gus membuka ruang untuk jangkitan semula kutu dan hama.
Dengan kesibukan kerja, keluarga dan rutin harian, tidak mustahil untuk anda terlupa jadual perlindungan bulanan si manja. Bagi memudahkan anda kekal konsisten, gunakan PetCare Reminders®, alat peringatan PERCUMA yang membantu anda merekod jadual perlindungan bulanan si manja anda. Berfungsi sebagai peringatan automatik ke kalendar anda apabila tiba masa untuk memberikan dos seterusnya, supaya perlindungan si manja anda kekal berterusan sepanjang tahun.
Jangan tunggu sehingga anda terlupa lagi. Set peringatan PetCare Reminders® secara PERCUMA hari ini dan pastikan anjing anda sentiasa dilindungi.
Rujukan:
1. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24911-parasites
2. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0091674902913175
3. https://www.cdc.gov/ticks/prevention
4. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/39864721/
5. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC7429691/
6. https://link.springer.com/article/10.1186/s13071-020-04288-8
7. https://ijmpes.com/Article/ijmpes-3141
8. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877959X25000056