Kenapa Anjing Anda Tidak Berhenti Menggaru, Dan Ianya Mungkin Hama

Tabiat menggaru secara berterusan pada anjing mudah dianggap sebagai perkara biasa, tetapi ia juga boleh menjadi tanda serangan hama.

NG_May_Article - Dog_Desktop.jpg
NG_May_Article - Dog_Mobile.jpg

Pengenalan

Anjing anda asyik menggaru-garu tanpa henti. Anda sudah memeriksa kutu, menukar syampu, dan sudah mencuba pelbagai petua, tetapi kegatalannya masih tidak reda.

Ada satu faktor yang perlu dipertimbangkan selain daripada kulit kering atau alahan bermusim hama. Walaupun sangat kecil dan sukar dilihat, hama adalah salah satu punca masalah kulit berpanjangan pada haiwan peliharaan yang sering terlepas pandang.
Ketahui cara-cara untuk mengenal pasti tanda-tanda hama, memahami situasi, dan bila untuk bertindak.

Apa Itu Hama?

Hama adalah araknid mikroskopik bersifat parasit yang hidup pada kulit atau di bawah kulit anjing. Hama hanya boleh dikesan menggunakan mikroskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, berlainan dengan pinjal yang boleh dikesan bergerak di celahan bulu anjing. Ini membuatkan hama sukar untuk dikesan tanpa bantuan doktor veterinar¹.

 

Ada beberapa jenis hama yang biasa hinggap pada anjing, dan setiap satu mengakibatkan tanda-tanda klinikal berbeza:

• Hama Sarcoptes, juga dikenali sebagai kudis buta (scabies). Ia merupakan keadaan kulit paling gatal yang boleh dialami anjing. Hama Sarcoptes menggali masuk ke dalam kulit untuk bertelur, menyebabkan tindak balas alahan yang teruk dan ketidakselesaan².

• Hama Demodex kebiasaannya ditemui dalam folikel bulu anjing, hidup dalam kelompok kecil, dan tidak berbahaya. Ia boleh menyebabkan penyakit jika sistem imun tidak dapat mengawal populasi hama. Ini biasa berlaku di kalangan anak anjing, anjing tua, atau anjing yang mengalami tekanan².

• Hama Telinga hidup di liang telinga dan sangat mudah berjangkit di antara haiwan. Ia sering menjangkiti bahagian luar telinga dan mengakibatkan keradangan teruk, menjurus kepada anjing menggeleng kepala berlebihan, menggaru telinga, dan lelehan berwarna gelap yang keluar daripada telinga².
 

Hama telinga merupakan punca utama jangkitan telinga yang sering terjadi pada anjing, berbanding jenis-jenis hama yang lain. Hama telinga menyumbang sehingga 50% kes jangkitan luaran liang telinga (juga dikenali sebagai kes otitis externa). Perlindungan daripada hama telinga adalah penting kerana ia sangat mudah untuk terlepas pandang3.

Di samping itu, kajian menunjukkan sehingga 25-30% anjing cenderung mengalami masalah kulit dalam jangka hayat mereka, dengan hama telinga sebagai punca utama10.

Tanda-tanda Anjing Dijangkiti Hama

Disebabkan saiz hama yang halus, anda perlu memerhati tingkah laku serta kondisi kulit anjing untuk mengenal pasti jangkitan hama. Perhatikan tanda-tanda berikut2,4:

• Menggaru secara kasar dan berulang kali, terutamanya apabila tidak kelihatan sebarang faktor luaran, atau jika ia menjadi lebih teruk pada waktu malam. Kegatalan teruk juga boleh mengakibatkan simptom sekunder, seperti kurang berat badan, kemurungan, kurang selera makan, lesu, dan nodus limfa membengkak.

• Keguguran bulu (alopecia) yang biasanya bertompok dan setempat, akan muncul terlebih dahulu di keliling telinga, siku, muka dan kaki, atau di keliling mata dan muncung.

• Kulit yang menebal, berkuping, atau bersisik, di mana kulit boleh kelihatan merah, meradang, atau bertekstur kasar di kawasan yang dijangkiti.

• Menggeleng kepala atau menguis telinga menggunakan tapak kaki, kebiasaannya diikuti dengan lelehan dan bau yang tidak menyenangkan.

• Kegelisahan atau susah untuk tidur.

• Jangkitan kulit disebabkan menggaru berulang kali sehingga luka.

Apa Yang Berlaku di Veterinar?

Doktor veterinar akan mengikis kulit haiwan (skin scraping), satu prosedur ringkas di mana sedikit sampel sel kulit diambil dan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengenal pasti jika ada hama atau telurnya8.

Bergantung kepada jenis hama atau tahap serangan, rawatan boleh merangkumi losen sapuan, syampu atau ubatan antiparasit oral seperti NexGard SPECTRA®, yang boleh merawat dan melindungi daripada parasit luaran termasuk jenis hama tertentu, seperti hama demodex, hama sarcoptes (scabies), dan hama telinga. Preskripsi antibiotik juga boleh diberikan jika terdapat kes di mana jangkitan bakteria sekunder telah berlaku. Bulu anjing juga akan dipotong jika perlu.

Kesimpulan

Jangan biarkan anjing kesayangan anda terus menggaru dan gelisah. Jika keadaan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih, atau semakin teruk, hama merupakan antara punca yang perlu dipertimbangkan dan didiagnosis dengan tepat. Selain hama, kegatalan berpanjangan juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain, termasuk5,6,7:

• Dermatitis alahan kutu, iaitu reaksi alahan terhadap air liur kutu, walaupun hanya terdapat sedikit kutu.

• Alahan persekitaran atau makanan, seperti debunga, hama habuk dan protein tertentu.

• Jangkitan kulit akibat bakteria atau kulat.

• Dermatitis sentuhan, iaitu reaksi terhadap produk mandian, bahan pencuci rumah atau tumbuhan tertentu.

Tidak Pasti Punca Kegatalan Pada Anjing Anda? Mulakan Dengan Parassess®

Jika anda tidak pasti sama ada hama, kutu, atau parasit lain menjadi punca simptom anjing anda, Parassess® boleh menjadi langkah permulaan yang berguna untuk anda6Kuiz mudah dalam talian ini menilai gaya hidup dan persekitaran haiwan peliharaan anda untuk menganggarkan risiko parasit, kemudian menghasilkan laporan khas secara percuma yang boleh dikongsikan bersama doktor veterinar bagi membantu menentukan pilihan perlindungan parasit yang sesuai. 

Berdasarkan keperluan anjing anda, veterinar akan mencadangkan pilihan seperti NexGard SPECTRA®, yang bukan sahaja menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap parasit luaran dan dalaman, malah terbukti selamat untuk anak anjing, anjing dewasa, serta anjing pembiak, bunting atau yang sedang menyusukan anak.
 

Produk NexGard® hanya tersedia dengan preskripsi doktor veterinar.

Parassess
Parassess Banner 220 x 230px.png

Ketahui tahap risiko parasit anjing kesayangan anda, gunakan Parassess® di pautan berikut:

Sumber rujukan:

1. https://nexgard.com.au/dog-parasites/mites/mites-on-dogs 

2. https://www.msdvetmanual.com/dog-owners/skin-disorders-of-dogs/mite-infestation-mange-acariasis-scabies-in-dogs#Trombiculosis_v3207348 

3. https://www.petmd.com/dog/conditions/skin/mange-dogs 

4. https://www.petmd.com/dog/symptoms/itchy-dog 

5. https://www.msdvetmanual.com/dog-owners/skin-disorders-of-dogs/itching-pruritus-in-dogs 

6. https://www.boehringer-ingelheim.com/animal-health/animals-we-support/dogs/risk-parasites-dogs 

7. https://nexgard.my/en/products/nexgard-spectra 

8. https://www.dialavet.com/vet-answers/demodex-mites-return-after-treatment-388944 

9. https://wsava.org/global-guidelines/dermatology/ 

10. https://www.akc.org/expert-advice/health/ear-mites-in-dogs/