Apakah jenis cacing usus yang mungkin terdapat pada anjing saya?

Antara cacing usus yang lazim pada anjing di Malaysia ialah cacing gelang, cacing kerawit, dan cacing cambuk.

Type of worms
Type of worms

Cacing Gelang

Cacing gelang lazimnya terdapat pada anak anjing kerana mereka mendapat jangkitan ini daripada ibu mereka. Anak anjing yang dijangkiti cacing gelang mungkin mengalami perut buncit (pot-belly), dan kadangkala cacing tersebut boleh kelihatan dalam najis atau muntah anak anjing.

Cacing Kerawit

Cacing kerawit ialah cacing yang kecil dan nipis serta melekat pada dinding usus. Cacing ini tidak selalu dapat dilihat dengan mata kasar, dan telurnya dalam najis hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan mikroskopik. Jangkitan cacing kerawir boleh menyebabkan pendarahan dalam usus anjing, sekali gus mengakibatkan anemia.

Cacing Cambuk

Cacing cambuk ialah cacing yang nipis seperti benang dan hidup dalam usus besar. Cacing dewasa mungkin boleh dilihat dengan mata kasar, namun kerana najis anjing tidak mengandungi banyak telur cacing, ia sukar untuk dikesan. Oleh itu, pemeriksaan mikroskopik terhadap beberapa sampel najis mungkin diperlukan bagi mengesannya.

Cacing Pita

Cacing pita yang paling lazim pada anjing di Malaysia ialah cacing pita pinjal. Pinjal berfungsi sebagai pembawa larva cacing pita. Oleh itu, jika anjing menelan pinjal yang dijangkiti ketika menjilat tubuhnya, cacing pita dewasa boleh berkembang dalam usus anjing. Segmen cacing pita yang dikeluarkan dalam najis anjing yang dijangkiti kelihatan seperti butiran beras putih kecil. Pengawalan pinjal yang berkesan dengan NexGard® atau NexGard SPECTRA® dapat mencegah jangkitan cacing pita pinjal pada anjing anda.