Adakah anjing saya telah dijangkiti cacing?

Anjing sangat mudah untuk dijangkiti cacing dan ia juga tidak mustahil bagi anak anjing yang baharu saja dibeli telah pun dijangkiti cacing.  Akan tetapi, jangkitan cacing juga mudah untuk dirawat. Menyahcacing secara kerap dapat membantu mengawal jangkitan cacing dengan berkesan, tapi perlu diingat bahawa risiko jangkitan sentiasa ada maka penyacacingan hendaklah selalu dilakukan.  

Spot Worm banner
Spot Worm banner

Tanda-tanda jangkitan cacing pada anjing

 

Cacing atau telurnya kelihatan pada najis anjing anda

Kebanyakan cacing dan telurnya tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar tetapi tidak bermakna mereka tiada. Manakala ada beberapa jenis cacing atau bahagian badanya dan juga telurnya boleh dilihat di mana anda mungkin nampak ia pada najis anjing anda.

 

Anjing anda menggaru atau menggosok bahagian punggungnya di atas tanah (scooting) atau pada perabot

Cacing boleh mengakibatkan kerengsaan dan kegatalan pada punggung anjing. Bagi melegakan kegatalan itu, anjing akan cuba menggosok punggung mereka di atas tanah atau pada perabot. Walaubagaimanapun, tingkahlaku ini juga boleh berlaku akibat masalah kesihatan yang lain seperti masalah pada kantung dubur. Jadi, sila dapatkan nasihat doktor veterinar anda apabila anda melihat perkara ini terjadi.

 

Cacing kelihatan dalam muntah anjing anda

Apabila anjing dijangkiti dengan jumlah cacing yang banyak, hal ini boleh menyebabkan mereka muntah mengeluarkan cacing.

 

Perut Buncit (pot belly)

Perut buncit adalah salah satu simptom yang biasa dilihat pada anak anjing yang dijangkiti cacing . Anak anjing boleh dijangkiti cacing ketika mereka masih berada di dalam rahim, melalui susu ibu dan juga apabila mereka terdedah pada persekitaran yang dicemari dengan telur cacing

 

Perubahan selera makan, sentiasa lapar dan penurunan berat badan

Kesihatan anjing dewasa selalunya tidak terlalu terkesan akan jangkitan cacing, tidak seperti anak anjing. Walaubagaimanapun, jangkitan yang serius boleh menyebabkan masalah kurang darah dan juga usus tersumbat. Selain itu, jangkitan cacing juga boleh menyebabkan perubahan selera makan dan penurunan berat badan kerana persaingan berlaku di antara usus dan cacing  dalam mendapatkan nutrisi daripada makanan.

 

Cirit-birit

Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan cirit-birit termasuklah jangkitan cacing. Sekiranya anda melihat anjing anda mengalami cirt-birit terutamanya apabila najis mereka mempunyai darah, sila dapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya daripada doktor veterinar bertauliah.

 

Tiada simptom

Kadang-kadang, anjing tidak menunjukan sebarang simptom apabila dijangkiti cacing. Akan tetapi, jangkitan cacing masih tetap dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan najis. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk membawa anjing anda untuk pemeriksaan najis secara berkala di klinik veterinar terdekat supaya jangkitan cacing dapat dikenalpasti diperingkat awal.