Pengenalan
Walaupun April merupakan Bulan Kesedaran Cacing Jantung, haiwan peliharaan di Malaysia berhadapan dengan risiko penyakit ini sepanjang tahun. Iklim negara yang panas dan lembap mejadi tempat ideal nyamuk, iaitu pembawa penyakit cacing jantung untuk berkembang biak. Malah, Malaysia dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi (hiperendemik) bagi penyakit ini , khususnya di pusat bandar.
Apakah Penyakit Cacing Jantung?
Penyakit cacing jantung ialah keadaan mengancam nyawa yang diakibatkan oleh cacing gelang parasit Dirofilaria Immitis. Tersebar melalui gigitan nyamuk yang berjangkit, larva mikroskopik nyamuk ini meresap dalam aliran darah haiwan peliharaan.
Lama-kelamaan, larva ini berpindah ke jantung, paru-paru, dan saluran darah di sekitarnya, berkembang sehingga mencecah panjang 30 cm, lalu mengakibatkan kemudaratan pada haiwan.
Walaupun kedua-dua kucing dan anjing berisiko dijangkiti, kesannya berbeza:
•Pada Anjing: Anjing ialah “perumah tetap”, bererti cacing jantung boleh matang dan membiak dalam tubuhnya. Namun tanpa rawatan, anjing boleh menampung beratus-ratus cacing, yang boleh mengakibatkan aliran darah terhalang, kerosakan organ, dan kegagalan jantung.
•Pada Kucing: ialah "perumah atipikal" kerana kucing yang menghidap cacing jantung tidak dapat bertahan sehingga dewasa. Walaupun dalam jumlah kecil, hal ini tetap berbahaya kerana tindak balas imun boleh menyebabkan Penyakit Pernafasan Berkaitan Cacing Jantung (HARD), yang mengakibatkan keradangan dan kerosakan paru-paru menyerupai asma atau bronkitis.
Bagaimanakah Penyakit Cacing Jantung Tersebar?
Penyakit cacing jantung merebak hanya melalui gigitan nyamuk dan berkembang selama beberapa bulan
1. Jangkitan: Nyamuk menggigit haiwan yang berjangkit (seperti anjing jalanan atau haiwan liar) dan menyedut larva mikroskopik (mikrofilaria).
2. Perkembangan: Larva mengeram di dalam nyamuk selama 10 hingga 14 hari, dengan perkembangan dipercepat dalam iklim yang hangat dan lembap seperti Malaysia.
3. Pemindahan: Nyamuk yang berjangkit menggigit haiwan peliharaan yang sihat dan memindahkan larva melalui luka gigitan.
4. Pematangan: Larva bergerak ke jantung dan paru-paru, matang dalam tempoh 6 hingga 8 bulan, dan menyebabkan kerosakan secara beransur-ansur.
Tanda dan Gejala: Apa Yang Perlu Diperhatikan
Penyakit ini berkembang secara perlahan dan pada peringkat awal tidak menunjukkan tanda yang jelas. Namun, apabila gejala muncul, keadaan mungkin sudah menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, tanda-tanda biasa yang menunjukkan kemungkinan penyakit cacing jantung pada anjing termasuklah:
• Batuk berterusan
• Cepat letih atau tidak larat bersenam
• Penurunan berat badan atau kurang selera makan
• Kesukaran bernafas
• Perut membengkak
• Sindrom Caval: Keadaan kecemasan yang ditandai dengan gusi pucat dan air kencing berwarna gelap
Tanda biasanya lebih halus dan menyerupai masalah pernafasan lain. Pemilik haiwan peliharaan disarankan untuk peka terhadap tanda berikut:
• Batuk atau bunyi berdehit
• Muntah sekejap-sekejap
• Kelesuan dan penurunan berat badan
• Kesukaran bernafas
• Rebah secara tiba-tiba
Perlindungan Menyeluruh dengan NexGard®
Walaupun penyakit cacing jantung pada anjing boleh dirawat, prosesnya agak kompleks dan melibatkan beberapa suntikan serta ubat-ubatan untuk menghapuskan cacing dan mestabilkan keadaan haiwan. Bagi kucing pula, setakat ini tiada rawatan yang diluluskan untuk menghapuskan cacing jantung sepenuhnya.
Oleh itu, pencegahan merupakan langkah paling berkesan untuk melindungi haiwan peliharaan daripada penyakit ini. Untuk perlindungan sepanjang tahun, dapatkan nasihat doktor veterinar mengenai rangkaian NexGard® yang menawarkan perlindugan menyeluruh melalui dos bulanan yang mudah:
• NexGard SPECTRA®: Tablet kunyah berperisa daging lembu yang melindungi daripada cacing jantung,cacing usus serta parasit luaran seperti kutu, sengkenit dan hama.
• NexGard Combo®: Rawatan titisan (spot-on) yang memberikan perlindungan meluas terhadap cacing jantung, cacing pita, cacing gelang, cacing tambang, serta kutu, sengkeni, hama dan lain-lain.
Refs
1. https://www.researchgate.net/publication/331056279_The_prevalence_and_trends_of_canine_heartworm_Dirofilaria_immitis_in_Kuala_Lumpur_Malaysia_1970-2018
2. https://www.researchgate.net/publication/331056279_The_prevalence_and_trends_of_canine_heartworm_Dirofilaria_immitis_in_Kuala_Lumpur_Malaysia_1970-2018
3. https://www.webmd.com/pets/cats/what-to-know-heartworm-cats
4. https://www.webmd.com/pets/cats/what-to-know-heartworm-cat
5. https://www.heartwormsociety.org/heartworms-in-cats
6. https://www.heartwormsociety.org/pet-owner-resources/heartworm-basics
7. https://www.heartwormsociety.org/heartworms-in-dogs
8. https://www.heartwormsociety.org/heartworms-in-cats
9. https://www.fda.gov/animal-veterinary/animal-health-literacy/keep-worms-out-your-pets-heart-facts-about-heartworm-disease