Adakah anjing saya mempunyai penyakit cacing jantung?
Ujian cacing jantung amat disyorkan sebelum anjing anda memulakan sebarang produk pencegahan. Penyakit ini merupakan penyakit serius dan progresif. Lebih awal ia dikesan dan dirawat, lebih tinggi peluang haiwan kesayangan anda untuk pulih sepenuhnya.
Anjing ialah hos semula jadi bagi cacing jantung. Cacing jantung yang hidup di dalam anjing boleh matang menjadi dewasa, mengawan, dan menghasilkan keturunan. Jika tidak dirawat, jumlah cacing ini boleh meningkat dengan ketara. Tahukah anda? Anjing boleh menampung ratusan cacing jantung dalam badan mereka! Setelah matang, cacing jantung boleh hidup selama lima hingga tujuh tahun dalam tubuh anjing. Kerosakan berpanjangan akibat jangkitan ini boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup anjing walaupun selepas parasit tersebut dihapuskan.
Tanda-tanda Klinikal Penyakit Cacing Jantung
Anjing yang aktif, mempunyai jangkitan cacing jantung yang teruk, atau mengalami masalah kesihatan lain, cenderung menunjukkan tanda-tanda klinikal yang lebih ketara. Gejala penyakit cacing jantung mungkin termasuk:
- Batuk ringan yang berterusan
- Enggan bersenam
- Keletihan selepas aktiviti sederhana
- Tercungap-cungap hingga kesukaran bernafas
- Penurunan selera makan
- Penurunan berat badan
Bagi sesetengah anjing dengan beban cacing yang tinggi, bentuk penyakit yang mengancam nyawa, dikenali sebagai Sindrom Caval, boleh berlaku. Kejatuhan secara tiba-tiba dan kematian mungkin berlaku.
Ujian Cacing Jantung
Ujian cacing jantung hanya memerlukan sedikit sampel darah daripada anjing anda. Ia berfungsi dengan mengesan kehadiran protein cacing jantung atau mikrofilari (larva cacing jantung) dalam darah. Jika anjing anda disahkan positif cacing jantung, sila berbincang dengan doktor haiwan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan. Perlu diambil perhatian bahawa, selain daripada kesan kerosakan yang telah disebabkan oleh cacing jantung, rawatan pada anjing berisiko menyebabkan komplikasi yang teruk.
Oleh itu, pencegahan cacing jantung adalah satu-satunya pilihan TERBAIK untuk melindungi anjing kita daripada penyakit dan komplikasi. Adalah sangat penting bahawa pencegahan cacing jantung diberikan dengan ketat mengikut jadual. Hanya satu kunyahan bulanan NexGard SPECTRA® melindungi daripada pinjal, kutu, hama, penyakit cacing jantung, penyakit cacing paru-paru dan cacing usus. Melindungi anjing anda daripada parasit tidak pernah semudah ini!