Kucing Anda Ada Pinjal? Jangan Panik, Ikut Panduan Ini

Mengesan pinjal pada kucing agak mencabar. Namun, dengan tindakan yang cepat dan betul, anda boleh menghentikan pembiakan serta memastikan si manja terus dilindungi dalam jangka masa panjang.

NG_May_Article - Cat_Desktop.png
NG_May_Article - Cat_Mobile.png

Pengenalan

Anda mula perasan kucing menggaru badan lebih kerap daripada biasa. Tiba-tiba anda nampak kelibat bintik hitam bergerak laju di celah bulunya sebelum hilang sekelip mata. Masa itu, anda mungkin sudah tahu apa itu, pinjal.

Pinjal adalah salah satu perkara biasa bagi pemilik kucing, tetapi ia juga merupakan perkara yang amat merunsingkan.Dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia dan Singapura, kutu memang mudah membiak dengan cepat. Kajian menunjukkan telur pinjal boleh menetas dalam tempoh 1 sehingga 10 hari bergantung kepada suhu dan kelembapan, manakala seekor pinjal betina boleh bertelur sebanyak 50 biji sehari dan sekitar 2,000 biji sepanjang hayat1. Ini bermaksud, walaupun anda hanya nampak beberapa ekor kutu, ia boleh bertukar menjadi infestasi besar dalam rumah jika tidak dikawal dengan segera.

Tetapi jangan risau, anda perlu ingat bahawa: tindakan pantas dan tepat boleh menghindarkan pembiakan pinjal dan mencegah infestasi di seluruh rumah sebelum ianya bermula.

 

Memahami Situasi - Apa itu Pinjal?
Pinjal adalah parasit kecil tidak bersayap yang hidup dengan menghisap darah haiwan. Ia bergerak pantas, melompat jauh, dan membiak dengan sangat cepat. Perkara yang membuatkan pinjal susah untuk dikawal adalah bukan sahaja ia cepat membiak, tetapi betapa mudahnya untuk ia tersebar.

Serangan pinjal adalah isu biasa untuk kucing di seluruh dunia, dengan penyebaran menjangkau sehingga 92.5% di peringkat global, dan menjejaskan lebih kurang 71.8% kucing di Malaysia2 - menjadikannya satu isu serius dan berterusan dalam penjagaan veterinar di negara ini.

Malangnya, pinjal yang anda nampak pada kucing hanya merangkumi 5% daripada keseluruhan serangan. Baki 95%, yang terdiri daripada telur, larva, dan pupa, tersorok di seluruh rumah anda: karpet, peralatan tempat tidur, perabot, dan di celah-celah lantai11. Ini bermakna rawatan pinjal pada kucing hanyalah satu langkah kecil. Untuk mencegah pembiakan kitaran hidup pinjal secara efektif, kucing peliharaan dan persekitaran anda perlu dirawat pada masa yang sama.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan?

Langkah 1: Pastikan Serangan

Sebelum memulakan rawatan, pastikan dahulu kucing anda memang mempunyai pinjal2. Guna sikat pinjal bergigi halus pada bulu kucing, terutamanya di bahagian leher, hujung ekor, dan perut. Perhatikan tanda seperti:

• Pinjal hidup - serangga kecil, bergerak laju, berwarna coklat gelap2

• Kotoran pinjal - bintik hitam kecil (najis pinjal) yang bertukar merah apabila ditekan dengan tisu lembap2

• Telur pinjal - bintik putih kecil bersaiz bujur, kebiasaannya dijumpai di peralatan tempat tidur atau karpet2

Jika kucing anda menggaru dengan kerap, sentiasa membersihkan bulu, ada tanda-tanda keguguran bulu atau kemerahan pada kulit, ia mungkin berpunca daripada pinjal dan ia perlu dirawat dengan segera.

 

Step 2: Rawat Kucing Anda

Dapatkan nasihat doktor veterinar untuk memilih rawatan yang sesuai untuk kucing anda3. Ada beberapa jenis rawatan, termasuk rawatan titisan (spot-on), rawatan oral, dan ubat semburan pinjal, setiap satu mempunyai bahan aktif dan tempoh keberkesanan yang berlainan.

NexGard® COMBO adalah rawatan titisan (spot-on) untuk kucing yang memberikan perlindungan meluas terhadap parasit luaran seperti pinjal dan kutu, dan parasit dalaman seperti cacing gelang, cacing kerawit, dan cacing pita - rawatan bulanan lengkap yang mudah digunakan⁴. Kaedah one-and-done ini memudahkan rutin perlindungan kucing daripada parasit, sekaligus membolehkan rawatan bulanan kekal konsisten. Keupayaannya mensasarkan pelbagai parasit secara serentak meringkaskan rutin perlindungan kucing, tanpa perlu menggunakan produk yang berlainan.

Selain itu, pastikan anda hanya menggunakan produk yang diformulasikan khas untuk kucing. Elak menggunakan produk pinjal anjing untuk merawat kucing, kerana bahan-bahan tertentu seperti permetrin, adalah toksik kepada kucing5.

 

Langkah 3: Rawat Rumah Anda

Ramai pemilik tidak sedar bahawa kebanyakan kitaran hidup kutu sebenarnya berlaku di dalam rumah, bukan pada badan kucing2.

• Basuh semua barangan yang boleh dicuci seperti tempat tidur, selimut dan fabrik yang sering digunakan oleh kucing. Cara ini boleh menghapuskan telur, larva, dan pinjal dewasa2.

• Vakum karpet, sofa dan kawasan yang kucing selalu berehat atau tidur2.

• Gunakan semburan kutu untuk rumah yang mengandungi pengawal pertumbuhan serangga (IGR) yang membantu menghalang telur dan larva daripada berkembang manjadi pinjal dewasa6.

 

Langkah 4: Rawat Setiap Haiwan Peliharaan di dalam Rumah

Jika ada kucing atau anjing lain di dalam rumah, ianya juga perlu dirawat walaupun tiada tanda-tanda pinjal dapat dilihat. Pinjal bergerak bebas, dan boleh berpindah dengan mudah antara haiwan dan menyebabkan infestasi berulang7.

 

Langkah 5: Kekal Konsisten dengan Pencegahan Bulanan

Ini merupakan langkah paling penting. Kitaran hidup pinjal tidak dapat dihindarkan sepenuhnya hanya dengan satu rawatan. Pupa pinjal boleh kekal dorman di persekitaran rumah selama beberapa bulan sehingga setahun, dan menetas menjadi pinjal dewasa walaupun rumah anda telah dicuci dan dirawat8.

Pencegahan bulanan konsisten memastikan pinjal yang menetas dapat dihapuskan, sebelum ianya dapat membiak dan meneruskan kitaran hidup. Rutin bulanan yang ringkas membolehkan kucing anda kekal terlindung setiap masa.

Bila Anda Perlu Jumpa Doktor Veterinar?

Kebanyakan serangan pinjal boleh dikawal di rumah menggunakan produk yang sesuai, tetapi ada kucing yang boleh terjangkit dan memerlukan penjagaan veterinar dengan segera. Ini merangkumi:

• Dermatitis alahan pinjal (FAD), reaksi alahan terhadap air liur pinjal yang mengakibatkan kegatalan teruk, keradangan kulit, dan keguguran bulu9.

• Anemia, terutamanya pada anak kucing atau kucing tua, adalah berisiko tinggi. Serangan pinjal yang serius boleh mengakibatkan kehilangan darah yang banyak, sekaligus menyebabkan kucing kelihatan lesu, lemah, dengan degupan jantung yang meningkat10.

• Jangkitan cacing pita, kerana kucing yang tertelan pinjal ketika membersihkan bulu boleh dijangkiti cacing pita sebagai jangkitan sekunder9.

 

Kesimpulan

Mengesan pinjal pada kucing memang mencabar, tetapi ianya boleh diuruskan. Apa yang penting adalah bertindak pantas, rawat kucing dan rumah secara terperinci, dan amalkan pencegahan bulanan. Dengan penjagaan konsisten, anda boleh melindungi kucing kesayangan daripada pelbagai parasit serta mengurangkan risiko serangan.

Hubungi doktor veterinar berdekatan untuk dapatkan rawatan pinjal dan pencegahan parasit yang paling sesuai untuk kucing anda.

Produk NexGard® hanya tersedia dengan preskripsi doktor veterinar.

References:

1. https://nexgardforpets.com/education/parasites/what-to-do-about-fleas 

2. https://www.researchgate.net/publication/354441625_Cat_Owners'_Perceptions_toward_Flea_Infestation_and_Flea-borne_Diseases_Impact_for_Public_Health_and_Community_Awareness 

3. https://www.msdvetmanual.com/cat-owners/skin-disorders-of-cats/fleas-of-cats#Flea-Allergy-Dermatitis_v3246816 

4. https://www.petmd.com/cat/general-health/flea-and-tick-prevention-and-treatment-cats 

5. https://nexgardforpets.com/nexgard-combo 

6. https://www.aspca.org/news/these-harmful-feline-hazards-could-be-your-home 

7. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10816492/ 

8. https://www.vet.cornell.edu/departments-centers-and-institutes/riney-canine-health-center/canine-health-topics/fleas 

9. https://www.petmd.com/general-health/how-long-do-fleas-live-without-host 

10. https://www.petmd.com/cat/conditions/skin/what-flea-allergy-dermatitis-cats-symptoms-causes-and-treatment 

12. https://www.msdvetmanual.com/cat-owners/skin-disorders-of-cats/fleas-of-cats?utm_source=chatgpt.com